Thursday, December 30, 2010

First day of our year-end-holiday

Bayangkan kalau ada 4 siLittleHana camni..hahaha
sudah pasti Mummy dan Daddy pengsan on the spot!!


Well, we start our year-end-holiday with a full list of to-do-items..
yeahh..that's Daddy!
i'm not a well plan a.k.a organize lady..
especially when it comes to my own to-do-items..
agaknye, that was why we attracted to each other..
hehehhehee..saling melengkapi..chewahh..
nasib baik kat pejabat tak camtu ye Mummy..
kalau tak,sudah pasti tunggang langgang team sy..hukhukhuk

so, after breakfast at home, off we went to Bangi..
-Mummy new glasses -checked
-bedroom set -checked
-sofa -checked
-siLittleHana mattress -checked
-zakat -checked
-car service -checked
-Daddy's new pants -checked
-Mummy's new tops -unchecked..

hukhukhuk..
susahnya nak cari baju utk Mummy..
baju memang banyak kat kedai tu tapi yang boleh dipakai tu boleh kira ngan jari..
adakah ini petanda bahawa sy perlu menjahit sendiri baju-baju sy..

sy terlupa pula nama satu kedai yang fatin pergi utk beli baju-baju blouse dia....
the price seems quite reasonable..

ermm..tiba-tiba sy rasa esok cam nak menjahit baju..hikhikhik
cuti panjang camni, dlm minda memang akan mula keluar segala idea utk menjahit..
cuma sempat buat atau tak ajelah..hehehhe

hari ni juga sy dah habis membaca buku Dahsyatnya doa ibu tu..
bila dah sampai muka terakhir, sy terfikir nak beli buku baru..
tapi sy masih ada beberapa buku yang belum dibaca..
WAJIB habiskan dulu ya..
Mummy, ingat tu Mummy..
jangan tamak..
nanti rugi..hehhee

i love buying books..
lebih2 lagi when it can reduce my taxes..
hehehhee..

apa lagi yang boleh mengurangkan tax?
apa yang sy buat-
1. bayar zakat - cuma zakat pendapatan ya yang diambil kira utk reduce tax.. zakat simpanan tak termasuk ya.. tapi jgn lah sebab tak kira dlm tax, tak bayar pula zakat ni..kalau dah cukup nisabnya, kenalah bayar..jgn ngelat..ni rukun islam..ingat tu ya..
2. menderma kebadan-badan yang diiktiraf : check dulu sebelum menderma..pastikan derma  kita sampai kepada yang memerlukan..zaman sekarang ni takleh percaya 100%..
3. buat simpanan sspn for siLittleHana - harap2 bila dia dah nak masuk kolej, takyah pinjam ptptn..hukhukhuk
4. buying books - not only for siLittleHana but also for others..very ideal for gifts
5. ermm..itu aje yang boleh sy ingat...rasanya takde dah kot.....

kesemua 4 cara di atas sangat menguntungkan kerana duit yang kita belanja adalah utk kepentingan diri sendiri..
maksud sy - bakal nampak hasil..
kalau kita bayar tax sebanyak itu, kita mungkin akan tertanya-tanya - dimana duit kita disalurkan dan kemana ia pergi?
tapi kalau tax yang kita bayar tu digunakan kerajaan utk membina kemudahan kepada masyarakat, bina sekolah, bina masjid, dan lain2 faedah, insyaALLAH kita juga akan mendapat manfaatnya..
kerana pahalanya akan mengalir kepada kita sehingga akhirat..
sama seperti kita menanam pokok buah-buahan di tepi jalan..
sama seperti kita mewakafkan tanah utk dijadikan masjid..
sama seperti kita mewakafkan al-Quran utk pembelajaran..
sama seperti kita mengajar ilmu agama..
sama seperti kita berbakti kepada org tua..

kesimpulannya, tunaikanlah tanggungjawab kita selagi terdaya dan termampu..hehehhe

cukuplah mengomel..
dah ngantuk..
hari ni sangat penuh dgn aktiviti - lebih letih dari hari bekerja..
sampai di rumah pun jam tepat pukul 11.30pm..hahhaha
nite everybody!

enjoy below pictures - taken while Daddy's fitting the new pants..
dont worry..kategori "untuk tontonan umum" ya..hehehe
siLittleHana was very excited playing with her own reflections..







Monday, December 27, 2010

Ahad terakhir di bulan Dec

Ya..Ahad lepas Ahad terakhir di bulan December..
dan merupakan Ahad terakhir bagi tahun 2010..
sangat cepat masa berlalu kan?
anak dah besar..
umur pun dah bertambah..hehehe

hujung minggu ni merupakan minggu kami sekeluarga ber'hibernasi'..
yeayyy! kami memang spesis yang amat suka berhibernasi..kih kih kih
hari sabtu - kami cuma buka pintu sekali waktu malam sebab terdengar bunyi kucing kat luar..
dan petang ahad sekali utk buang sampah..
time tu, Daddy bawa siLittleHana sekali..
maka dptla sikecik tu menghirup udara segar..
sungguh tak sihat..
tapi tula..
kepenatan luarbiasa sepanjang minggu tu membuatkan kami sekeluarga amat mendambakan percutian tanpa gangguan..amboiiii... :-)


oh ya..
hibernate pun hibernate juga..
tapi sydapat juga siapkan projek terbaru..hehehe

for more details about the project > click here


siLittleHana..
as usual memang suka melibatkan diri dgn aktiviti Mummy dan Daddy..



ukur benang ke dik? hehehhe
bersimpul2 benang Mummy dibuatnya..

muka seposen yang dah jadi darah daging..hehhehe

seperti hari2 ahad yang selalunya, waktu minum petang bolehlah dijadikan sesi mengumpul mood utk bekerja esok harinya..hehehehhee
mood sy dan Daddy selalunya akan berubah bila waktu petang..
sebab cuti hujung minggu dah habis..
esok kena kerja..

Saturday, December 25, 2010

Mendung

Mendung?
cuaca hari ni dari pagi mendung aje..
dari hari ke hari sy teringin nak jemur bantal di luar..
hehehe..mentang2 dah ada porch..
tapi setiap kali hujung minggu cuaca biasanya tak mengizinkan..
gelap aje kat luar tu..
nampak cam nak hujan sekejap lagi..


sy tgh mengumpul mood utk menjahit..
nak buat apa ya hari ni?
ermm.. masih ada beberapa projek yang masih in progress..
jadi kena siapkan yang tu dulu..
lepastu boleh mula projek baru..yeayyyy!


oh ya..
sy sudah hampir habis membaca buku yang sy beli baru2ni..
sekarang dlm proses nak khatamkan buku Dahsyatnya Doa Ibu..
sangat bagus kedua2 buku ni..
sy memang rekemen kalau ada sesiapa yang berminat nak tambah ilmu..
terutama sekali buku Dahsyatnya Doa Ibu..



setiap penjelasan amat mudah diterima akal dan sangat membangkitkan perasaan terharu dan kasih sayang saya terhadap kedua org tua..
nanti bila ada kelapangan sy akan masukkan beberapa isi penting yang sy rasa baik utk dikongsi kepada semua..


sejak kami mula berpindah ke rumah baru, sy telah dpt kembali hobi lama sy- iaitu membaca..hehe
jika dahulu sy kurang punya masa utk membaca melainkan secara online, tapi kini masa yang hilang itu telah kembali..hahahah
ayat gaya novelis ya..hahahha


sy dapat isi masa sy dgn membaca ketika menunggu di dalam kereta..
bolehla khatam beberapa bab..hehehe


kadang kala, sy akan pulang dari pejabat dan ambil siLittleHana di taska..
ketika menunggu Daddy, adakalanya kami akan berjalan2 ke pasaraya kalau ada barang yang nak dibeli..
jika Daddy OT lama, kami akan pergi ke tempat lain dulu sebelum kembali ke Drop Zone..
adakalanya, siLittleHana tertidur semasa dlm perjalanan kembali dari taska..
jadi, kami tak kemana2 dan tunggu Daddy di dalam kereta..
masa menunggu inilah yang sy guna utk membaca..

bagus juga rasanya..
daripada melangut je kan..termenung fikir macam2 dan buang masa..
rasa cam nak bawa laptop aje update blog dalam kereta..hikhikhik
kadang2 bila termenung ni ada juga baiknya..
kita akan berfikir macam2..
dan masa berfikir ni, idea dtg berlambak2..
tapi setakat tu sajalah..
takde hasil..
kalau teringat di lain hari, boleh lah dibuat sesuatu..
kalau tak,gone with the wind lah......hahaha

Alhamdulillah :-)

Salam..
sudah lama tak update blog..hehehe

ada banyak sebab sy perlu bersyukur utk hari ini:

1. Laptop sy sudah 'sihat' kembali..thanks to Daddy! :-)
2. SiLittleHana kembali pulih 99% daripada batuk dan selesema
3. Sy berjaya melalui hari Jumaat tanpa member2 se-team yang sedang bercuti
4. Adik sy - Akmal terlibat di dalam kemalangan tanpa kecederaan pada dirinya
5. Abah kembali sihat
6. Fatin tidak terkandas di Prague dan sekarang berseronok di Spain
7. Banyak kerja di rumah telah sy siapkan, jadi sy boleh mula aktiviti menjahit lagi..hehehe
8. Hari ini genap 30 tahun pernikahan Abah dan Emak tersayang..muah muahh muahhh
9, Daddy berjaya siapkan kerja di pejabat semalam walaupun balik pukul 9.40..jadi hari ni dia tak perlu ke pejabat..yehaaaaaaaaaaaa
10. SiLittleHana sangat gembira hari ini kerana kami berdua berada dirumah..hehe
11. Tom-san telefon pagi tadi kerana ingin tahu dimana Modem Streamyx, bukan kerana mahu sy dtg bekerja..hehehe
12. ...ada banyak lagi sebab tapi tak tertulis di sini..
ya, ada banyak sebab kita sebagai hambaNya perlu bersyukur..
jangan terlalu fikirkan perkara yang negatif kerana satu-dua dugaan yang datang itu sebenarnya hanya utk menguji kesabaran kita sebagai hamba-Nya..
cuba kita renungkan segala nikmat yang diberi disebalik setiap masalah yang dtg, insyaALLAH kita akan menjadi org yang bersyukur :-)

alhamdulillah :-)

Saturday, December 11, 2010

3 tahun sudah!


8th Dec 2010 merupakan ulangtahun perkahwinan Mummy-Daddy yang ke-3..hehhee
dah 3 tahun rupanya ye Daddy!

ermm..tak tahu lah nak komen apa..hehhe
tiba2 jadi blurr takde idea..hehehe

sementara nak datang idea tu, mari kita imbas kembali detik2 bersejarah kami pada 3 tahun lepas..hehehe
enjoy viewing ya!

with my 3 lovely sisters..


di hari bertandang..hehee


anyways, seperti pasangan2 lain yang sudah berkahwin, sy berharap jodoh kami berpanjangan dan kekal sehingga ke syurga..
serta dikurniakan anak2 comel yang taat dan berbakti pada Allah dan ibu bapa..

ermm..
pernah dgr tak tahun pertama perkahwinan tu adalah tempoh penyesuaian?
ya..lebih2 lagi kalau pasangan yang baru berkahwin ni tinggal sebumbung..
kita lupakan dulu utk pasangan yang menjadi pasangan ketika hujung minggu tu ya..
sebab pada pandangan sy, diorg perlu lebih dari setahun utk penyesuaian sebab jarang berjumpa..

ermm..sy rasa ayat sy cam berbelit2 sikit..
hopefully faham lah ya..
hehehe

next point - cubalah sedaya mungkin utk menghadapi tahun pertama tu dgn hati dan minda yang terbuka..
boleh jadi, ketika ini, suami baru nampak sifat2 pada si isteri yang dia tak tahu sepanjang tempoh perkenalan..
begitu juga, ketika inilah si isteri baru nampak sifat2 suami yang dia juga tak tahu..
sifat2 yang baru ditemui ni bukan senang nak di'adapt' kalau minta dan hati tidak terbuka..

buangkan sifat2 pentingkan diri sendiri masing2..
dan cuba memahami..
boleh jadi bila kita saling memberi tanpa mengharapkan balasan, kita akan dapat lebih dari apa yang kita sangkakan...

boleh faham maksud sy?

ok..kalau tak faham, silalah tanya..hehehe

sekian kursus kahwin ala MummyHana buat kali ini..hukhukhuk :-)

When i look at you.

satu lagi lagu yang membuatkan sy meremang bulu roma....hehhehe



Everybody needs inspiration
Everybody needs a soul
A beautiful melody
When the nights are long

'cause there is no guarantee
That this life is easy

Yea when my world is falling apart
When there's no light
To break up the dark
That's when I
I look at you

When the waves are flooding the shore
And I can't find my way home any more
That's when I
I look at you

When I look at you
I see forgiveness
I see the truth
You love me for who I am
Like the stars hold the moon
Right there where they belong
And I know I'm not alone

Yeah when my world is falling apart
When there's no light
To break up the dark
That's when I
I look at you

When the waves are flooding the shore
And I can't find my way home any more
That's when I
I look at you

You appear just like a dream to me
Just like kaleidoscope colors that cover me
All I need
Every breath that I breathe
Don't you know you're beautiful
Yeah yeah

When the waves are flooding the shore
And I can't find my way home any more
That's when I
I look at you

I look at you
Yeah
Whoa-oh
You appear just like a dream to me

it's a soundtrack of The Last Song movie..
baru tgk sikit..ntah bila nak sambung..hehhee
to Fatin > akak nak pinjam buku citer dia boleh? hehehhee

Monday, December 6, 2010

Salam Tahun Baru Hijrah!

Jangan lupa baca doa akhir tahun dan awal tahun ye!:-)

Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH
Maknanya :
Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat dari keslahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, ya Karim, ya Zaljalali wal ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam...
Amin... Amin... Amin...




DOA AWAL TAHUN HIJRAH
Maknanya :Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agung dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. Aku juga memohon perlindungandari nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam...
Amin... Amin... Amin...

Dec is here!

Salam..
sekelip mata Dec dah tiba..
Alhamdulillah kami dah berpindah kerumah baru..
masih dlm tempoh menyesuaikan diri but we're very happy and excited..hehhee

hari ni cuti..
jadi inilah masanya utk sy siapkan projek yang terbengkalai - langsir dapur..hehhee
terseksa rasanya selagi langsir dapur tu tak siap..
bila waktu malam, berlubang2..
jadi sy kena tampal kain di setiap lubang supaya tak nampak dari luar..hahhaa
sepasang langsir dah siap utk sebelah tingkap..

sy stop sekejap utk tulis blog ni dan akan sambung jap lagi utk sebelah tingkap yang satu lagi..hehehe

tapi peng'update'an gambar tak dpt dilakukan kerana kamera sy dah dipinjamkan kepada adik kecik..
to fatin > sorry ya akak terlupa nak kirim charger..insyaALLAH kita jumpa weekend ni sebelum you fly to Pragueeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee...hehehhe
(akak pulak yang terlebih excited..heheh)

ok..tak boleh nak taip panjang2..
sebab kepala tgh serabut..
banyak projek menanti..
until next time..daaaa

untuk hiburan > saksikan aksi siLittleHana ketika sy dan Daddy sibuk mengemas di rumah lama sebelum kami pindah..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...