Monday, January 23, 2012

Kat rumah TokCik Setiawangsa..

Petang semalam kami ke rumah PakCik Yusof di Setiawangsa..
PakCik Yusof ni adik bongsu Mak seremban..
dekat ngan rumah emak KL..
beberapa minit aje dah sampai..
saje nak melawat dia sambil bawa baby dan menjemput ke Majlis kawin Akmal..


janjinye lepas zuhur..
tapi, tahulah kami ni kalau nak gerak memang 'bermasalah'..hahahaha
akhirnya pukul 3 lebih baru gerak..
(kot..lupa dah waktu yang tepat...)


siLittleHana, bila jumpa aje PakCik, terus malu tak kena gaya..
nak salam pun payah..
sejak dulu camtu..
taktau nak ubat camne lagi..

jon tengok apa aktiviti dia..
main dengan toys yang penuh sebakul..


mula-mula Arissa keluarkan buku..
tapi buku budak besar - takde gambar..
tulisan je penuh..
pening siLittleHana nak baca..
tapi akhirnye dia baca jugala..
sebab dah tak tau nak buat apa..

saya saja tak minta Arissa keluarkan toys sebab nak tengok apa siLittleHana ni nak buat..
dia sebenarnye duk jeling-jeling calculator kat atas rak TV tu..
saya pun jeling-jeling dia..
jadi dia pun tak ambik la..
cuma beberapa kali duk usik-usik calculator tu sambil pandang saya..

lastly, dia ambik buku, duk kat meja sambil baca kuat2 guna bahasa 'inggeris' ala siLittleHana..
(nak tergelak pun ada masa ni...)

lepas Arissa keluarkan toys barula dia ceria sikit..
hahaha

minat betul dia dengan patung dog tu..
siap peluk2..




'Mouse besar' katanya...

dengan "emak powerpuff"



dah mula menyentuh benda atas rak TV..



siLittleHafizh pulak lena betul..



dah habis main soft toys tu..
dia main rumah barbie pulak..







Daddy pun minat juga..hikhikhik





hujan lebat tiba-tiba..
kami tunggu sekajap..
bila dah reda sikit baru balik..
rupa2nya, kat rumah emak saya pula hujan tengah lebat..

siLittleHana dek kerana letih sangat, baru duduk je dah terlena dalam kereta.
balik rumah, mengamuk kejap..
pastu sambung main..
ingatkan nak sambung tidur..hahahahahah
Published with Blogger-droid v2.0.3

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...