Tuesday, January 24, 2012

Rotavirus..Mummy is in dilemma........

Ermm..
on the way back to Seremban yesterday, saya saja check buku med check up siLittleHafizh..
rupa-rupa nya baru perasan yang his first dose of Rotavirus vaccine dah terlepas..
sepatutnya diberi masa umur dia 2-3 bulan..
second dose pula bila 3-4 bulan..
dan dose yang terakhir 4-5 bulan..

saya dah lama bercadang nak bagi dia vaccine ni sejak siLittleHana dulu pernah dijangkiti Rotavirus..
vaccine ni diberi secara oral - maksudnya, diminum oleh baby..
bukan dicucuk ya..

hari ni, saya saja google tentang Rotavirus ni sebab nak tahu boleh atau tidak kalau diberi lari dari jadual asal..

ermm..
dan saya dapat info ni..

ada dua jenis vaccine..
Rotateq dan Rotarix

Rotateq - 3 doses
Rotarix - 2 doses

saya rasa yang kat An-nur tu Rotateq disebabkan jadual dia untuk 3 doses..
tujuan utama saya survey ni utk dapatkan maklumat lain, tapi maklumat yang saya nak tu saya tak dapat sepenuhnya..
tapi saya dapat satu info lain..

ni ha..

What are the ingredients in ROTARIX?

ROTARIX contains weakened human rotavirus.  - ok, faham..

ROTARIX also contains dextran, sorbitol, xanthan, and Dulbecco’s Modified Eagle Medium (DMEM). The ingredients of DMEM are as follows: sodium chloride, potassium chloride, magnesium sulphate, ferric (III) nitrate, sodium phosphate, sodium pyruvate, D-glucose, concentrated vitamin solution, L-cystine, L-tyrosine, amino acids solution, L-glutamine, calcium chloride, sodium hydrogenocarbonate, and phenol red.- ermm..very scientific

Porcine circovirus type 1 (PCV-1), a virus found in pigs, is present in ROTARIX. PCV-1 is not known to cause disease in humans.- erkkk..what?!?!?!?!?!?

ntahla..
tiba-tiba saya rasa was-was pulak..
takde pula doktor dalam famili utk saya tanya..
dan kalau tanya doktor, of course le doctor nasihatkan utk ambil..
virus yang ditemui dalam babi?
erm.. kita diharamkan makan babi - antara sebabnye ialah virus dlm babi tu sendiri yang berbahaya..
bukankah?
ni saje2 nak bagi baby comel vaccine yang ada virus yang ditemui dalam babi?
ermmmm...

saya google lagi..
jumpa pula keratan akhbar ni... [baca di sini]
pulak dah...huhuhu

hai, saya dah pening..
well..
cuba ingat balik..
siLittleHana masa kena rotavirus dulu ketika dia berusia berapa tahun ye?
setahun setengah kot..ermm
masa tu saya dah stop breastfeeding siLittleHana..

dan siLittleHafizh ni lain..
sebab alhamdulillah, dia masih dapat susu ibu dia ni..
jadi, saya teruskan google lagi..
huhuhu
susu ibu yang penuh khasiat ni..
boleh tak lawan virus berbahaya ni agaknye ye?

lalu saya jumpa ni... [baca di sini for details]
meh saya copy paste sikit..
If you're breastfeeding, the rotavirus vaccine doesn't work, because the immunities in breastmilk destroy the vaccine, which has prompted the CDC, in its infinite wisdom, to suggest mothers stop breastfeeding so the vaccine will work better.

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/20442... 

 i see i see i seeeeeeeeeeeeee...........

and one more - just enough to make me drop the Rotavirus from siLittleHafizh vaccine list!

[baca sini ye]
[juga di sini]
[sini juga]

jadi ibu-ibu, marilah kita menyusukan anak-anak kita dengan susu ibu..
insyaALLAH banyak kelebihannya.. :-)

ermm..anak-anak tengah tidur lena..
ni gambar saya captured ketika jalan-jalan di Alamanda tak lama dulu..
suka betul siLittleHana naik kereta (yang tak bergerak)
hahahha
saya memang tak pernah masukkan coins..
kecuali kalau saya nak happy kan dia dalam saat-saat tertentu..
most of the times memang dia sendiri akan berpura-pura gerakkan kereta, kuda, itik atau ayam yang dia naik..hihihi

cam sekali ni, dia duk aje dalam kereta tu pura-pura cam gerak..
tiba2 datang seorang budak nak naik..
oklah, naik jelah sebab memang ada satu seat lagi kat sebelah siLittleHana..
terus budak tu jerit kat parents dia minta masuk duit..
siLittleHana dah mula tak selesa sebab budak tu duk terjerit2..
saya biarkan saja..
tengok2 bapa budak tu masukkan duit..
huhuhuu
bergerak jua kereta tu akhirnya..
apa lagi, siLittleHana senyum sampai ke telinga..
hahahhaha



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...