Saturday, February 4, 2012

Malas pun siap juga kerja..



Anak-anak dah tidur lena..
wahhh..sangat berpuas hati..
walaupun pagi ini bermula dgn sedikit sifat malas, akhirnya siap juga semua kerja..

terima kasih Mummy ucapkan kepada siLittleHana yang pandai main sendiri dan siLittleHafizh yang tak meragam..

basuh baju - siap
lipat kain stok seminggu -siap
masak for lunch - siap
vacumm satu rumah - siap

semalam baru je sembang dengan Daddy tentang rumah yang berhabuk ni..
tak sempat langsung nak kemas..

sebab tu hari ni rasa gembira bila dapat buat hampir semua yang tergendala..

lepas ni baru fikir apa nak dibuat esok, lusa dan tulat..
esok kami ada kenduri di Putrajaya..
boleh juga singgah alamanda..hehehe

kalau pergi jusco pun ok juga..
nak cari gaun siLittleHana untuk kenduri Che Mal nanti..
yupp..better pergi jusco sebab last week kami ke Alamanda, tak jumpa yang sesuai..

oh ye..
last week kami ada kenduri di Bangi..
kenduri kawan Daddy..hehehe

jom tengok gambar..
ni sesi bergambar beramai-ramai selepas makan..
mostly tu semua kawan Daddy lah tu..
bujang-bujang belaka ni..
kami je yang beranak pinak..hehehe


siLittleHana yang malu-malu..
susah betul nak ambil gambar sebab nak melekat aje..
lastly ambil la kat pintu masuk tu..
tak cantik sungguh permandangan..hahahah
siLittleHafizh pulak tengah tidur lena..
bagus betul la..
masa Mummy makan, kawan Daddy tolong jaga - masa tu siLittleHafizh cuma terkebil-kebil aje..hihihi
bila dah habis makan tu, penat, tiba2 nangis..tup tu tengok dah terlentok lena kat bahu..


dah lena, terus masuk dalam car seat lah..


siLittleHana yang tengah terkebil-kebil..
tak tahu nak pergi mana lepas ni..



bila Mummy kata - jom pergi Alamanda!
terus dia sengih cam ni..hahaha


kat Alamanda mula2 tu nak jalan-jalan je..
tai akhirnya ada juga la shopping sikit2..hehehe
gaun siLittleHana pun tak jumpa..
takde yang menarik..
kalau menarik pun mahal sangat..
disebabkan gaji belum masuk, Mummy tak sambar..hahahah

tak lama sangat kat Alamanda..
pukul 6 kot kami bertolak balik dah..

balik tu memangla letih..
tapi gembirala sebab dapat bawa anak-anak jalan..hehehe

bila dah letih tu, sekejap je duk dalam kereta, terus lena..



tadi masa mula-mula tulis entry ni, dua-dua tengah lena..
ni baru terjaga..
siLittleHana lepas makan, mula keluarkan lego dia..


siLittlehafizh pulak terkebil-kebil tengok kakak dia main Lego..
nak join sama la tu tapi takleh nak gerak..
ada tanda-tanda dia nak jerit dah tu..

dah dua-dua jaga ni, kenalah off laptop ni..hahahaha

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...